🇲🇾 Dibina untuk PKS Malaysia · e-Invois LHDN Ready

Seluruh bisnes anda, dalam satu telefon.

POS, pembayaran, stok, kira-kira dan e-Invois — tak perlu mesin mahal, tak perlu pening kepala. Tap je telefon anda, terus boleh mula berniaga.

Siap set dalam 10 minit · Support tempatan · Batal bila-bila masa

JUALAN HARI INI
RM 2,845.50
Transaksi127
Untung+RM 986.20
Stok hampir habis3
💵Tunai
📲DuitNow
💳Kad
🏦FPX
Bayaran diterima ✓DuitNow QR · RM45.00
e-Invois dihantarLHDN MyInvois ✓
40,000+Pengguna seluruh Malaysia
RM1 Juta+Transaksi setiap tahun
4.4 ★Penilaian Google Play
100%Patuh e-Invois LHDN

Rakan niaga & program yang dipercayai

CIMB Maybank RHB Bank Islam BSN LHDN CGC
Solusi

Apa jenis bisnes anda?

Setiap bisnes lain caranya. Pilih bisnes anda, tengok macam mana Mesinkira boleh bantu.

Ciri-ciri

Semua yang anda perlukan, tanpa yang menyusahkan.

Enam alat berkuasa dalam satu app — ganti mesin cash register, mesin kad, buku stok dan lejar akaun.

🧾

Sistem POS

Rekod setiap jualan dengan pantas dan tepat. Mudahkan urusan cashier, kurangkan kesilapan, pantau transaksi secara real-time.

💳

Terima Semua Bayaran

Tunai, DuitNow QR, kad debit/kredit melalui Tap2Phone, online banking & e-wallet — semua direkod secara automatik.

📦

Pengurusan Stok

Pantau stok masuk dan keluar dengan sistematik. Elak kehabisan barang paling laku dan tahu produk mana paling untung.

📊

Laporan & Kira-kira

Laporan jualan dan kewangan secara automatik. Senang track untung rugi dan buat keputusan bisnes lebih bijak.

🧾

e-Invois LHDN

Hantar invois profesional, track bayaran, dan patuh sepenuhnya keperluan MyInvois LHDN.

🛒

E-Store

Buka kedai online terus dari app, dengan analisis data lebih mendalam untuk bisnes yang nak berkembang.

Cara Ia Berfungsi

Mula berniaga dalam 4 langkah mudah

1

Download app

Di Google Play & App Store

2

Daftar akaun anda

Pilih pelan yang sesuai dengan bisnes anda

3

Set up kedai anda

Masukkan produk & harga dalam beberapa minit

4

Terus boleh jual!

Terima semua jenis bayaran, serta-merta

Kenapa Mesinkira?

Dibina khas untuk peniaga macam anda

Cepat & Mudah

Senang sangat nak guna — sesiapa pun boleh mula dalam beberapa minit, tak perlu training.

💰

Berpatutan

Jauh lebih jimat dari sistem POS penuh. Telefon anda tu lah mesinnya.

🔒

Selamat & Terjamin

Bayaran contactless yang selamat, rekod bisnes tersimpan kemas dalam cloud.

🏦

Disokong Bank

Program rasmi bersama CIMB, Maybank, Bank Rakyat dan banyak lagi.

🇲🇾

Benar-benar Malaysia

Support tempatan yang faham selok-belok warung, kedai dan butik — dalam BM atau English.

📈

Membesar Bersama Anda

Dari satu gerai sampai rangkaian francais — app yang sama, dashboard yang lebih besar.

Testimoni

Peniaga gembira, ulasan sebenar

4.4★ daripada 100+ ulasan di Google Play

★★★★★

Untuk pengurusan keseluruhan bisnes, saya guna MESINKIRA. Ia membantu saya urus transaksi jualan dan stok dengan mudah. Terima kasih MESINKIRA kerana membantu saya urus bisnes dengan lebih baik.

Sentuhan Budi TradingPeniaga
★★★★★

Saya galakkan peniaga di luar sana guna MESINKIRA sebab ia mesra pengguna dan anda boleh urus stok dengan mudah. Dengan satu klik di telefon, anda boleh lihat semua laporan jualan.

Liscents Bath & Body ProductsPeniaga
★★★★★

MESINKIRA ada alat untuk bantu anda urus bisnes dengan pantas dan cekap. Staf saya pun rasa sangat mudah untuk guna. Ia memang memudahkan urusan bisnes saya.

Footlink KelantanPeniaga
FAQ

Soalan lazim

Kena beli mesin POS ke?

Tak perlu. Mesinkira tukar telefon Android atau iOS anda jadi POS lengkap — tak payah beli mesin tambahan.

Ada percubaan percuma tak?

Tiada percubaan percuma — tapi pelan bermula serendah RM45/bulan tanpa kontrak mengikat, jadi anda boleh batal bila-bila masa. Belum pasti? WhatsApp kami dan kami tunjukkan app ini dulu.

Bayaran apa yang boleh diterima?

Tunai, DuitNow QR, kad debit dan kredit (melalui Tap2Phone — pelanggan tap je kad pada telefon anda), online banking dan e-wallet, ikut pelan yang anda pilih.

Patuh e-Invois LHDN tak?

Patuh. Mesinkira menyokong keperluan MyInvois LHDN — bisnes anda kekal patuh tanpa kerja tambahan.

Saya ada beberapa cawangan. Boleh pantau semua sekali gus?

Boleh — dashboard berbilang cawangan tunjuk jualan, stok dan aktiviti staf di setiap cawangan secara real-time. Tengok solusi Cawangan & Francais kami.

Kalau ada masalah, siapa boleh bantu?

Team support tempatan melalui WhatsApp dan telefon, video tutorial, dan webinar live setiap Rabu jam 11 pagi.

Mula Sekarang

Naik taraf bisnes anda, mudahkan hidup anda.

Daftar hari ini — sertai 40,000+ peniaga Malaysia yang dah pun mula.

Get it on Google Play Download on the App Store
💬