1. Syarikat sekurang-kurangnya memiliki 60% pemilikan oleh rakyat Malaysia.
2. Syarikat berdaftar di bawah SSM/PBT.
3. Koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)/Lesen Profesional.
4. Syarikat/Koperasi yang mempunyai sekurang-kurangnya perolehan jualan tahunan sebanyak RM50,000.
5. Syarikat/Koperasi yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
6. Tidak layak bagi mereka yang telah menerima Geran Padanan Digital sebelum ini.
Terdapat geran penjaja dan 2 jenis geran padanan digital yang ditawarkan dari pihak kami. Pemohon boleh pilih peranti tablet NFC atau telefon NFC bersama Pakej Mesinkira Super langganan 12 bulan.
Geran yang diberikan adalah berbentuk tajaan 50 % daripada pihak kerajaan. Para usahawan perlu membayar selebihnya (setelah permohonan geran diterima) .
Pemohon boleh memilih lebih dari satu DP, tetapi jumlah padanan tidak akan melebihi dari RM5000.
Setelah selesai mengisi kedua-dua borang, anda dikehendaki lampirkan bersama dokumen seperti kad pengenalan, SSM dan penyata bank terkini (2 bulan).
Tempoh permohonan geran akan mengambil masa selama 3 hari bekerja. Keputusan status kelulusan akan dihantar ke notifikasi e-mel.